Pantulan Naasyidah 1E5
Jumaat, Julai 30, 2010 / 11:13 PTG

Sebelum membuat blog ini , saya sudah ada blog sendiri . Jadi, saya tidak berasa terlalu susah membuat latar blog ini . Apabila saya dan Siti membuat blog ini bersama, kami berasa menarik sekali . Kami akan selalu ketawa ! Kadangkala, kami pun membuat blog ini selepas sekolah . Kami selalu pergi ke makmal komputer dan menghasilkannya . Saya sungguh bangga berpasang dengan Siti kerana dia selalu menolong saya kalau saya tidak tahu membuat apa-apa di blog ini . Kami berasa gembira kerana mendapat menyertai pertandingan blog ini . Saya juga mendapat mempelajari banyak lain tarian !Ia sungguh menyeronokkan. Sekian sampai di sini sahaja catatan saya. Terima kasih.

Label:


Tarian Dabus
Khamis, Julai 29, 2010 / 8:58 PTG


Tarian Dabus merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlawanan Sayidina Ali. Tarian ini dipercayai mula dimainkan di negeri Perak sejak 300 tahun yang lalu. Ada beberapa pendapat yang mempertikaikan kemasukkan senitari Dabus ke bumi Perak. Satu pendapat mengatakan Dabus dipercayai dibawa masuk terus ke Perak oleh Ahmad Mahyuddin yang berasal dari Parsi sekitar tahun 1785. Beliau merupakan anak murid kepada tuan guru Muhammad Abil Hassan al-Rifai. Tarian ini mula berkembang di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Lumut, dan juga di Sungai Nipah Baroh serta Sungai Balai Baroh, Teluk Intan, Perak. Pendapat kedua mengatakan permainan dabus telah di bawa ke Indonesia melalui Pasai di Aceh sebelum dikembangkan ke Pasir Panjang, Perak oleh Nakhoda Lembang yang berguru daripada saudagar Fakir Muhammad dari India, yang juga anak murid kepada tuan guruMuhammad Abil Hassan al-Rifai. Dan satu lagi pendapat mengatakan Ahmad Mahyuddin yang berguru dengan Muhammad Abil Hassan al-Rifai telah bertemu dengan Nakhoda Lembang dari Batu Bara, Aceh yang berguru dengan Fakir Muhammad dari India pada tahun 1785, telah bersama-sama memperkembangkan kesenia dabus ke Perak di Pasir Panjang seawal tahun 1700. 

Ini adalah sebuah video menunjukkan Tarian Dabus.

Tarian Joget
/ 8:37 PTG


Joget adalah tarian tradisional yang paling popular di seluruh Malaysia. Hal ini dilakukan pada festival budaya, perayaan pernikahan dan fungsi sosial yang lainnya. Ia dipengaruhi oleh kebudayaan Portugis iaitu Branyo, satu cabang dari Tarian Caridinho. Joget telah dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleh berbagai-bagai kaum di Malaysia. Joget adalah tarian pasangan dan tempoh cukup cepat dengan perasaan menggoda dan bermain antara rakan. Tarian ini juga biasanya ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita. Ketika itu, Joget diiringi lagu-lagu seperti Jingkling Nona tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget 106, Joget Johore Sport Club dan lain-lain. Dalam Melaka itu lebih dikenali sebagai Chakunchak. Hal ini mungkin merujuk pada irama gerakan kaki di Joget mana ada pemindahan bobot pada, mengalahkan 1 & 2 agak serupa dengan bola menukar langkah 'a' pada tarian Barat. Sebuah versi sederhana atau kadang-kadang disebut sebagai 'langkah tunggal' termasuk pemindahan dari berat atau 'perubahan bola', tetapi hanya dengan ketukan kaki kedua.


Perbincangan: Adakah Hanya Lelaki Sahaja Yang Bersilat?
/ 1:48 PTG

Untuk topik ini, saya hendak berbincangkan tentang silat. Serperti anda tahu, silat tidak mudah dipelajari dan ia juga ganas. Silat juga diperkenali untuk kaum adam sahaja tetapi adakah anda tahu bahawa kaum hawa juga mempelajarinya? Ya, ia adalah benar. Terdapat dua buah video untuk keterangan lanjut.

 
Walaupun budak ini, Zianah, hanya 6 tahun, dia sudah mahir dalam seni silat.


Zuhairah bertanding dalam Pertandingan InterGrasio.

Pantulan Siti 1E4
/ 1:37 PTG

Saya berasa lega dan bangga kerana hasil blog ini hampir selesai dan ia sangat menarik. Pertama kali saya dan Naasyidah membuat blog ini, kami hanya mencatat dua catatan. Dengan itu, kami bercadang hendak blog semasa mata pelajaran Melayu kerana guru kami akan membawa kami ke makmal komputer setiap dua kali seminggu. Saya dan Naasyidah juga akan membuatnya selepas sekolah jika mempunyai waktu. Walaupun ia tidak mudah untuk menghasilkan blog ini, tetapi saya dan Naasyidah dapat menghasilkannya kerana kerjasama kami.

Dari pertandingan blog ini, saya dapat mempelajari berbagai-bagai tarian Melayu dan sejarahnya. Saya juga amat bersyukur kerana dapat peluang untuk menyertai pertandingan blog ini. Sekian sampai di sini sahaja catatan saya. Terima kasih.

Tarian Cik Siti Wau
Rabu, Julai 28, 2010 / 7:04 PTG




Pada musim menuai di negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan permainan seperti main gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain lagi. Bersempena dengan permainan wau maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan telah dicipta. Dahulu tarian ini mengisahkan anak muda bermain-main wau di musim menuai. Kemeriahan tarian ini tergambar dalam gerak-geri penari-penari yang terdiri daripada anak muda lelaki dan perempuan. Jika anda ingin lihat bagaimana Tarian Cik Siti Wau ditari, sila menonton video di bawah catatan ini. 





Tarian Kuda Kepang
/ 6:48 PTG


Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan Islam. Ciri kejawaan itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.

Terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah.

Ini adalah sebuah video Tarian kuda Kepang.